VIRTUAL REFRESHER PROGRAM 2021

03 August 2021 | Berita Semasa

Pada 26 Julai 2021, petugas Pusat Internet Komuniti (PIK) di bawah seliaan Webe Digital Sdn Bhd telah menyertai sebuah program tahunan iaitu Refresher Program yang telah dilangsungkan dalam budaya norma baharu. Dengan bertemakan Kesultanan Melayu, program ini telah berlangsung selama 4 hari dengan aktiviti penuh pengisian dan penuh simbolik.

Penyampaian Anugerah bagi KPI 2020
Penyampaian Anugerah KPI 2020

Pada hari pertama, Virtual Refresher Program secara simboliknya telah dirasmikan oleh Encik Zairulnahar Bin Zakaria, Pengarah SKMM Pejabat Negeri Perak. Pada hari berikutnya, petugas PIK Webe telah mengikuti kelas dalam talian bersama personaliti TV, Tuan Amin Idris atau lebih dikenali sebagai Ironman Malaysia. Pelbagai input dapat diambil daripada perkongsian yang diberikan personaliti TV tersebut.

Sesi Perkongsian bersama Amin Idris

Hari ketiga Virtual Refresher Program 2021 dimulakan dengan Team Building. Antara aktiviti yang dimainkan dalam Team Building ini ialah True and False dan Virtual Scavenger Hunt. Manakala pada sebelah petang pula diadakan Virtual Hi-Tea yang penuh simbolik dan meriah yang memperlihatkan kesemua petugas PIK Webe mengenakan busana berdasarkan tema yang diberikan, Kesultanan Melayu. Kemudian, aktiviti ini disusuli dengan upacara penutup dan pengumuman pemenang pada hari berikutnya.

Virtual Hi-Tea