Pusat internet Felda Trolak Utara merupakan satu-satunya tempat berkumpul warga komuniti disini sambil melayari internet. Bagi pelajar-pelajar pula ianya dijadikan tempat untuk mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah sambil mengadakan `study group` sesama mereka. Buat kebanyakan pengguna Pusat internet, mereka lebih gemar membayar bil-bil dan juga menggunakan perkhidmatan e-banking di pusat internet kerana ianya lebih terjamin dan selamat. Oleh yang demikian, perkhidmatan seperti ini haruslah dikekalkan dan ditambahbaik bagi memberikan keselesaan dan kebaikan kepada komuniti setempat dan melahirkan modal insan yang sempurna.   20190208_163445