PROGRAM STEM ONLINE CHALLENGE

28 March 2021 | Berita Semasa

20 MAC 2021 SABTU

Program STEM Online Challenge ini merupakan program secara online berbentuk digital yang diadakan oleh Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Utara untuk menggalakkan komuniti sekitar Felda Trolak Utara serta komuniti lain yang mengetahui tentang program melalui media social untuk menggunakan platform digital serta memahami apakah yang dimaksudkan dengan STEM. STEM concept telah diperkenalkan dalam system pembelajaran di sekolah. Program STEM Online Challenge ini dilakukan secara dalam talian dan semua acara yang dipertandingkan adalah bersifat online contest.

Program ini juga bertujuan memberi info kepada masyarakat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak terutamanya mengenai isu berita palsu yang semakin berleluasa sepanjang tempoh Pandemik Covid-19. Selain itu  juga melalui program ini, kami juga telah mengetengahkan konsep STEM iaitu, Sains, Teknologi, Engineering, dan Matematik. 

Pelbagai Pertandingan berbentuk digital diadakan antaranya seperti pertandingan Doodle Art Digital yang bertemakan STEM Learning untuk kategori dewasa, Pertandingan Doodle Art Hand Draw Juga Bertemakan STEM Learning Untuk Kategori Sekolah Menengah, Pertandingan Sains Infografik Bagi Kategori Sekolah Menengah Dan Juga Kategori Dewasa, Pertandingan Digital Explorace, Pertandingan Teka Jumlah Logo Kategori Terbuka, Pertandingan Facebook Page Top Fan, Pertandingan Pengunjung Digital Bertuah, Pertandingan Komen Terpantas, Kuiz-Kuiz Spontanz, Pertandingan Reka Cipta Robot Menggunakan Barangan Terpakai, Pertandingan Costume Robotic, Pertandingan Snap, Like, Tag and Win,  dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Pertandingan ini diadakan selama satu minggu, bermula 15 Mac sehingga 19 Mac 2021.

Selain itu juga Kuiz Spontanzzz turut diadakan bagi menguji minda para peserta yang menonton Live Acara Penutup Program STEM Online Challenge yang telah berlangsung selama lebih 4 jam di facebook page PIK FTU. Kuiz yang telah dijalankan adalah bersifat spontan. Penutup, pengumuman nama para pemenang dan pengumuman nama pengunjung digital bertuah telah diadakan secara LIVE FB bagi menarik lebih ramai followers dan menarik minat masyarakat untuk menggunakan platform media sosial untuk berhubung dengan Pusat Internet.

Alhamdulillah objektif program dan apa yang diharapkan melalui program kali ini dapat membudayakan pengetahuan maklumat STEM konsep dan komunikasi ICT dalam kalangan komuniti Felda Trolak Utara khasnya serta seluruh masyarakat secara amnya. Semoga masyarakat dapat memperoleh pengetahuan tentang STEM dan kemahiran ICT secara kreatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian melalui pertandingan yang telah diadakan.