PROGRAM RAMADAN & RAYA DIGITAL

29 June 2021 | Berita Semasa

Bermula 11 Mei 2021 hingga 10 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Utara berbesar hati menganjurkan satu lagi program digital dalam talian. Sejumlah lebih 20 acara dan pertandingan dianjurkan dalam tempoh hampir sebulan. Program Ramadan & Raya Digital ini merupakan satu lagi inisiatif yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Utara untuk menggalakkan komuniti sekitar Felda Trolak Utara secara khususnya dan komuniti seluruh Malaysia secara umumnya untuk memanfaatkan platform dalam talian sebaik mungkin. Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal, Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Utara memutuskan untuk menganjurkan satu program bertujuan meraikan bulan kemenangan Syawal bersama komuniti seluruh Malaysia dengan aktiviti-aktiviti penuh pengisian dan pada masa yang sama masih mematuhi norma baharu berikutan keadaan semasa negara yang masih berperang melawan wabak Covid-19.

Antara acara yang dipertandingkan sepanjang program berlangsung.