PROGRAM CYBER KIDS HOLIDAY

06 October 2022 | Berita Semasa

Telah berlangsung di PEDi FELDA Trolak Utara Cyber Kids Holiday Program selama 3 hari sepanjang cuti sekolah bermula 3 September 2022 sehingga 5 September 2022. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah daripada umur 13 tahun sehingga 17 tahun. Peserta telah belajar antaranya pengenalan software Google dan pengenalan Python Programming. Dengan program ini, cuti sekolah peserta dapat diisi dengan sebaiknya.