PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

29 November 2021 | Berita Semasa

Bagi memastikan setiap rakyat memiliki peranti dan akses internet pada harga yang berpatutan, KKMM melalui MCMC telah mengumumkan satu pakej yang dinamakan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia, para pelajar dapat memanfaatkan data 20GB untuk 3 bulan dengan hanya RM30 (RM10/bulan) untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta Internet asas tanpa had. Pakej ini termasuk 1GB data harian (sebanyak 90GB untuk 3 bulan) percuma untuk aktiviti produktiviti.Bagi Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula, pengguna boleh memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih 4G dan VoLTE dengan langganan bulanan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 – 24 bulan (tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggani).