KELAS ASAS MICROSOFT OFFICE WORD
21 March 2022 | Berita Semasa




Admin nak throwback gambar semasa Kelas Asas Microsoft Office Word pada 13 Mac 2022 iaitu pada hari ahad lalu. Alhamdulillah Admin tidak menyangka akan menerima pelajar dari Rawang yang pulang ke kampung menemui atok & nenek mereka. Alhamdulillah mereka sangat gembira kerana dapat belajar menggunakan komputer dan belajar menaip surat menggunakan M.Office Word.. Ada salah seorang murid admin tidak pernah memegang komputer sebelum ini. MasyaAllah.. Seronok admin dapat mengajar mereka semua.. .Kepada yang berminat nak belajar admin sangat mengalu-alukan kehadiran anda semua ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi) Felda Trolak Utara.