MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SAMBUTAN TAHUN BARU 2021

11 January 2021 | Berita Semasa

Sebagai penutup bagi tahun 2020 yang penuh dengan cabaran, Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Utara dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Trolak Utara telah menganjurkan satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Masjid Trolak Utara. Majlis ini diadakan pada 31 Disember 2020 dengan dihadiri oleh jemaah masjid tempatan dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa. Majlis ini dianjurkan dengan tujuan mendoakan kesejahteraan dan mengharapkan agar dunia segera sembuh daripada pandemik Covid-19.