KOMUNITI LESTARI

14 December 2020 | Berita Semasa

Program Komuniti Lestari ini merupakan program berbentuk digital yang diadakan oleh Pusat Internet Felda Trolak Utara untuk menggalakkan komuniti sekitar Felda Trolak Utara serta komuniti lain yang mengetahui tentang program melalui media social untuk menggunakan platform digital. Program Komuniti Lestari ini dilakukan secara dalam talian dan semua acara yang dipertandingkan adalah bersifat online contest.

Program ini juga bertujuan memberi info kepada masyarakat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak terutamanya mengenai isu berita palsu yang semakin berleluasa sepanjang tempoh Pandemik Covid-19. Selain itu  juga melalui program ini, Kami juga telah melakukan kempen kesedaran Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong yang telah disaran oleh pihak MCMC melalui platform aplikasi Tik Tok.

Pelbagai Pertandingan berbentuk digital diadakan antaranya Pertandingan Video Usahawan Kreatif Timelapse #Beliaku, Video Tik Tok Fashion Show Aksi Si Cilik, Video Tik Tok Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong. Pertandingan Mewarna Online Kategori Sekolah Rendah, Pertandingan Fotografi #Feldaku, Pertandingan Mewarna Online Kategori Sekolah Menengah, Pertandingan Mewarna Online Kategori Dewasa, Pertandingan Quiziz Klik dengan Bijak, Pertandingan Facebook Page Like, Komen & Share, Pertandingan Mencipta Logo Baharu PIK FTU dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Pertandingan ini diadakan selama satu minggu, bermula 13 November sehingga 20 November 2020.

Selain itu juga Kuiz Spontan turut diadakan bagi menguji minda para peserta Program Penutup Komuniti Lestari yang telah berlangsung selama lebih 2 jam di facebook page PIK FTU. Kuiz yang telah dijalankan berkaitan Klik dengan Bijak, IQ test , kempen MCMC dan juga isu berita palsu yang semakin berleluasa. Penutup, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah telah diadakan secara LIVE FB bagi menarik lebih ramai followers dan menarik minat masyarakat untuk menggunakan platform media sosial untuk berhubung dengan Pusat Internet.

Alhamdulillah objektif program dan apa yang diharapkan melalui program Komuniti Lestari ini dapat membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam kalangan komuniti Felda Trolak Utara khasnya serta seluruh masyarakat secara amnya. Semoga masyarakat dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian melalui pertandingan yang telah diadakan.