KEM CUTI SEKOLAH 2018 (REFARM KAMPAR)

03 January 2019 | Berita Semasa
Untuk tahun kedua berturut-turut, pusat internet menganjurkan Kem Cuti sekolah untuk adik-adik di Felda Trolak Utara dan kawasan berdekatan. Kali ini Kem cuti sekolah diadakan di luar kawasan felda yang mana ianya dijalankan di Refarm Kampar. Pelbagai aktiviti dan pembelajaran diterapkan kepada adik-adik peserta yang mana 40 orang peserta telah mengambil bahagian didalam kem ini. Maklom balas yang baik diterima dari ibu-bapa yang menghantar anak anak ke kem cuti sekolah ini. Rata-rata mereka mahukan kem cuti sekolah ini dijadikan acara tahunan bagi memberi peluang kepada anak anak ini mengisi masa lapang semasa cuti sekolah.48428189_2176935129004027_8300787240330592256_n