BENGKEL KECANTIKAN & KEUSAHAWANAN

20 May 2022 | Berita Semasa

14 MEI 2022 : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi) Felda Trolak Utara, telah mengadakan Bengkel Kecantikan Dan Keusahawanan dengan kerjasama bersama Penasihat kecantikan produk Mary Kay. Alhamdulillah seramai 20 orang peserta telah berdaftar dan mengikuti bengkel tersebut. Matlamat utama kami mengadakan bengkel tersebut adalah bertujuan untuk melahirkan usahawan muda yang lahir daripada sekolah menengah dan juga dari Persatuan Gerakan Wanita(GPW). Seperti mana yang kita ketahui wanita tidak lari daripada kecantikan. Wanita sukakan kecantikan. Oleh sebab itu pihak PEDi bekerjasama dengan pihak Mary Kay untuk melahirkan usahawan dalam bidang kecantikan.